Selaras dengan hasrat dan hala tuju JANM dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi dan saluran penyampaian dengan warga skim perkhidmatan perakaunan persekutuan maka Jabatan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan e-mel kader JANM yang menjadi salah satu medium utama dalam memudahkan interaksi dan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara yang lebih mudah dan pantas di samping menjimatkan masa serta kos.

Garis panduan ini disediakan bertujuan memaklumkan konsep pelaksanaan dan panduan mengenai tatacara penggunaan dan pengurusan perkhidmatan e-mel kader bagi pegawai skim perkhidmatan perakaunan yang bertugas di luar Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Mulai 19 Jun 2020, akaun e‐mel yang telah diperuntukan kepada pegawai kader adalah merupakan tanggungjawab individu yang dibekalkan akaun e-mel berkenaan dan tertakluk kepada peraturan semasa berkaitan penggunaan e‐mel kader JANM. Jika berlaku sebarang perubahan yang melibatkan urusan pergerakan pegawai seperti pertukaran, bersara, berhenti atau diberhentikan atau lain-lain sebab yang diarahkan, pegawai tersebut juga bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan e-mel dengan serta merta.

Sila klik pautan yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN E-MEL KADER SKIM PERKHIDMATAN PERAKAUNAN JANM

KIT PERKHIDMATAN MYGOVUC JANM

Terima Kasih.

Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

custom_html