NO. RUJUKAN : ANM.PHG.600.15/2/85(25)

Tarikh : 02 Oktober 2020

 

SEMUA PEMEGANG PANJAR DI BAWAH SELIAAN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

 

Tuan,

 

PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI PENUTUPAN INTERIM AKAUN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2020

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.   Tarikh Penutupan Interim Akaun Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2020 adalah pada 30 September 2020. Oleh itu bagi tujuan tersebut, semua Pemegang Panjar Wang Runcit di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang dikehendaki untuk mengemukakan satu (1) set dokumen Sijil Perakuan Panjar seperti berikut :

 

       i.    Sijil Perakuan Panjar, Lampiran I dan Lampiran II bertarikh 30 September 2020; dan

       ii.    Buku Wang Runcit

 

3.   Dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada Unit Akaun JANM Negeri Pahang selewat-lewatnya pada 9 Oktober 2020 (Jumaat).

 

4.   Untuk makluman, Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit boleh dicetak mulai 30 September 2020. Bersama-sama ini disertakan tatacara untuk menyediakan Sijil Perakuan Panjar sebagai rujukan tuan.

 

5.   Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai di Unit Akaun JANM Negeri Pahang di talian 09-5915000 sambungan 217/209/343.

 

Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

 

Muat turun :  PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PANJAR PENUTUPAN AKAUN INTERIM TAHUN 2020

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi"

 

UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PAHANG

 

image