Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan,

 

 

TATACARA PENYEDIAAN PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH DAN PEMANTAUAN ASET DALAM PEMBINAAN (AUC)

 

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

 

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan telah diarahkan untuk memantau dan menyemak perakaunan aset yang meliputi penyata penyesuaian baki aset alih dan Aset Dalam Pembinaan (AUC) bagi PTJ di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Negeri Pahang.

 

3.  Sehubungan dengan itu, Jabatan tuan dimohon untuk menyediakan Penyata Penyesuaian Baki Aset Alih seperti pada 31 Oktober 2020 dan mengemukakan penyata penyesuaian berserta lampiran dalam bentuk soft copy (template) kepada e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Bahagian Akaun Kementerian masing-masing selewat-lewatnya pada 25 November 2020. Sila baca tatacara penyediaan yang disertakan dan memuat turun template penyediaan penyesuaian tersebut di https://bigbox.1govuc.gov.my/index.php/s/z4oaLTy5RsnEZrB .

 

4.       PTJ yang gagal mengemukakan penyata ini pada tarikh yang ditetapkan, tuan/puan dikehendaki berhubung dengan Bahagian Akaun Kementerian masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

 

5.       Bagi maklumat berkaitan AUC, JANM Negeri Pahang akan menghantar e-mel berasingan untuk PTJ yang terlibat sahaja.

 

6.       Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Aset

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

19 November 2020

 

image