Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) - Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan (BPPP)
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP)
Objektif
Memastikan organisasi yang efisien dan efektif untuk mempertingkatkan perakaunan dan akauntabiliti Kerajaan.
Menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran dan kewangan bagi menjayakan program-program perakaunan.
Piagam Pelanggan
Merancang dan mengurus sumber manusia serta memajukan kerjaya anggota perkhidmatan perakaunan di sektor awam bersesuaian dengan keperluan masa kini dan hadapan.
Memproses permohonan pembaharuan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima permohonan.
Fungsi
Menyediakan pelan strategi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Merancang dan menyediakan keperluan sumber manusia serta kerjaya pegawai dan staf Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Menyediakan piawaian perakaunan sektor awam.
Mengadakan kawalan ke atas pengeluaran kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat.
Alamat
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 6 & 7, Kompleks Kementerian Kewangan No.1, Persiaran Perdana Presint 2 62594 Putrajaya Tel : 03-88821000 Faks : 03-88821042