Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) - Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Objektif
Memastikan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965 dipertingkatkan.
Mengurus Sekuriti-Sekuriti Tak Dituntut menurut undang-undang yang berkaitan.
Piagam Pelanggan
Mengeluarkan Akuan Pemeriksaan Wang Tak Dituntut dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan.
Memproses tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut dalam tempoh 30 hari kalendar dari tarikh terimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Mengeluarkan surat pengesahan bagi hasil jualan sekuriti atau dividen dalam tempoh 14 hari kalendar dari tarikh penerimaan permohonan.
Fungsi
Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Mengurus Sekuriti-Sekuriti Tak Dituntut.
Menyelaras program perundingan berkaitan pengurusan Wang Tak Dituntut dan Sekuriti Tak Dituntut.
Alamat
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2 Kompleks Kementerian Kewangan No. 7 Persiaran Perdana,Presint 2, 62594 Putrajaya
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (Cawangan UTC Pudu Sentral) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Lot T3-8, Aras 3, Bangunan UTC Pudu Sentral Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur No. Tel: 03-8000 8700 / 8701 / 8702