Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) - Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
Objektif
Membangunkan sistem dan melaksanakan perakaunan akruan Kerajaan Persekutuan menjelang tahun 2015.
Piagam Pelanggan
Membangun dan melaksanakan perakaunan akruan mengikut jadual yang ditetapkan.
Fungsi
Mengkaji, menggubal dan menetapkan polisi dan piawaian perakaunan akruan sektor awam.
Mengkaji, merekebentuk, membangun, menguji dan melaksanakan sistem perakaunan akruan sektor awam.
Merancang, menyelaras dan memantau pelan pelaksanaan perakauan akruan sektor awam.
Menguruskan infrastruktur ICT dan keperluan teknikal bagi pelaksanaan perakaunan akruan sektor awam.
Melaksana dan Mengurus Sistem Unicenter.
Melaksana dan menyelenggara sistem eSPKB & eTerimaan di semua PTJ termasuk sistem-sistem integrasi dengan sistem-sistem lain.
Merancang, membangun dan melaksanakan program latihan perakaunan akruan.
Mengendali dan menguruskan dokumentasi perakaunan akruan sektor awam.
Alamat
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan No.1, Persiaran Perdana Presint 2 62594 Putrajaya Tel : 03-88821000 Faks: 03-88821765