Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu di tubuhkan pada tahun 1978 di Wisma Persekutuan sehingga ke hari ini. JANM Negeri Terengganu mula dianggotai oleh 45 orang kakitangan dan bertambah sehingga kini sebanyak 82 orang. Bermula tahun 2020 Unit yang berada di Paya Keladi telah berpindah ke tingakat 11, Wisma Persekutuan

 

Terdapat 3 seksyen utama di JANM Negeri Terengganu iaitu Seksyen Pengurusan, Sekyen Operasi dan Seksyen Pemantauan. Seksyen Operasi terdiri daripada Unit Pengurusan Dana, Unit Gaji, Unit Akaun dan Unit Teknikal yang terletak di sebelah kanan Tingkat 11, Wisma Persekutuan.

 

Seksyen Pengurusan mengandungi 3 unit iaitu Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pengurusan Prestasi dan Unit Khidmat Pelanggan, manakala Seksyen Pemantauan terdiri daripada Unit Wang Tak Dituntut, Unit Aset dan Unit Naziran yang berada sebelah kiri tingkat 11, Wisma Persekutuan

 

Selain itu, Unit Audit Dalam Cawangan Terengganu turut ditempatkan di JANM Negeri Terengganu.

custom_html