Apabila saya mengunjungi LHDN cawangan terdekat bertanyakan PCB bulanan yang dipotong melalui gaji bulanan, saya mendapati amaun yang sepatutnya dipotong adalah tidak sama seperti yang dikira oleh pihak LHDN, apakah perlu saya lakukan?
Perkara ini akan berlaku apabila data yang diberi oleh pegawai kepada pihak LHDN tidak sama dengan data di dalam sistem payroll JANM. Pegawai adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklmat peribadi masing masing dengan mengisi Borang Lampiran C serta mengemukakan dokumen sokongan kepada bahagian Unit Gaji tempat pegawai bertugas bagi membolehkan pihak JANM mengemasikni data tersebut di dalam Sistem Payroll.
Pegawai boleh menyemak sama ada data maklumat peribadi yang terdapat di Sistem Payroll JANM telah dikemaskini melalui pejabat atau sekolah masing masing.
Apabila saya membandingkan pendapatan yang saya perolehi dengan rakan sekerja yang mendapat jumlah pendapatan yang sama dengan saya, saya dapati PCB yang dipotong melalui gaji bulanan kami adalah berbeza, mengapa perkara ini berlaku?
Terdapat beberapa aspek yang menyebabkan perbezaan pengiraan PCB ini berlaku, antaranya adalah status perkahwinan, bilangan tanggungan, jumlah potongan zakat, jumlah caruman KWSP dan sebagainya yang terdapat di dalam sistem payroll JANM bagi seseorang pegawai dengan pegawai yang lain adalah berbeza.
Maklumat peribadi yang berbeza antara pegawai akan menyebabkan potongan PCB pegawai berbeza walaupun mendapat jumlah saraan yang sama.
Bolehkah pihak JANM tidak memotong PCB melalui payroll bulanan pegawai?
Rujuk kepada subseksyen 107(2) Akta Cukai Pendapatan 1967. Adalah menjadi tanggungjawab majikan memotong PCB daripada saraan setiap pekerja pada setiap bulan mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer dan membayar kepada Ketua Pengarah LHDN.